Wednesday 29 December 2010

Gathering Cikgu Blogger!

      Satu gathering akan diadakan pada 8hb Januari 2011 ni. Gathering ni diadakan khas tuk bakal cikgu cikgi dari seluruh IPG dan Universiti di Malaysia ni. Aku pun dapat tahu ni sebab aku ade join group gathering cikgu blogger!. Group ni mengumpulkan semua bakal cikgu cikgi yang ade blog. Pastu nak adakan gathering tuk blogger sekalian. Cam best je kan. haaa so pe tunggu lagi. Kalo nak join, masuk lah group tu. Boleh jupe blogger yang macam -macam kisah ada. :)




      Kat atas ni menerangkan lebih lanjut pasal event tu. Tentang pakaian, aku ade tanye admin, dy cakap bebas je. Takde tema. So, takde hal lah nak pakai macam mane pun asalkan sopan dan menutup aurat. hihi. Cepat-cepat join group tu kalo rase nk join gathering cikgu cikgi blogger!

*insyaallah aku join.. =)

Tuesday 28 December 2010

Semangat Blogging hilang angkara Broadband!!

Berukband!! urghhh. sangat tensen bile gunakan kau. bayar bulan-bulan tapi line macam snail betul lah. adeii! Nak dijadikan cerita, sangat lah tensen bile guna broadband di sesetengah tempat yang takde coverage 3G.




Tak boleh ke kalo broadband di line clear kan kat semua jenis tempat. takde lah orang yg berada di coverage yg dikehendaki je dapat line laju bedesutt! aku pun bayar gak. bagi lah line sama rata. hihi =P

 Bila kat umah ni, perasaan nak blogging tu sangat lah hilang. semua angkara broadband. cite terlalu banyak nak di update, tapi bile teringat kat broadband yang sangat lah laju ni *tangan didada, mata ke atas* terus membatalkan niat dihati. hihi. boleh pulak macam tu kan.

Yelah, sape lah tak tensen, aku nak bukak dashboard blog pun bukan maen susah nak lepas. kalo nak bukak pun, aku bukak pagi2 je. sebab pagi2 agak laju lah jugak. tapi tu pun segan2 je nak kuar dashboard tu. haha

So, mahu di konklusikan kat sini, aku jarang update blog kalo aku balik kampung. broadband punyer pasal lah. bile kat hostel, aku rajin bebenor update sampai takde cite aku nak story. haha sori guys kalo blog aku ni sepi je. tengok tarikh entry pun jarang2 je berlaku. hihi

p/s: rase nak campak berukband dalam banjir belakang umah aku je! grrrr

Monday 27 December 2010

Saya Blogger Terengganu

      Ketika sedang sibuk menjenguk blog member-member, mata mula tertarik pada satu segmen Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri. Mula-mula tu fikir gak nak join ke taknak segmen ni. sebab sebelum ni selalu je wat tak endah kat segmen2 macam ni. haha sori yaa! tengok segmen ni, rase nak sangat join sebab maybe nanti aku boleh kenal ngan blogger dari seluruh Malaysia. syok jugak tu!

      Nama diberi takde la se"glemeres" tuan empunyer diri. tapi masih bersyukur sebab dikurniakan nama secomel tuan. hehe joke! oke2 nama diberi Nurul E'zzati binti Ab Rahman. tak cukup dengan nama sebenar. name glemer pun ade jugak. name glemer lak Dino. kalo taknak panggil Dino, panggil je Atie. ni gambar aku kat bawah ni.


      Aku berstatus bujang. belom pernah berkahwin dengan mane2 lelaki kat atas dunia ni. umor ni mude lagi, baru doploh tahun. kalo bujang caner nak ade anak kan. anak ikan ade la. hehe gurau je.

      Selain daripada blog ni, anda-anda semua boleh lah contact aku melalui Facebook: Eldino Esparaza. taip je nama tu kompem kuar sb kat Malaysia ni aku sorang je kot pakai name cenggitu. haha bangga! oke, kalo nak emel secara personal pon boleh jugak. haa anta surat kat emel ni tau eldinodinano@gmail.com. contact number? humm kalo nak mintak secara personal oke. :)

      Aku seorang pelajar so hidup pun merantau. tapi still ade tempat tumpah darah aku, tempat aku membesar. aku tinggal sdi daerah Setiu. Setiu adalah salah satu daerah di negeri Terengganu. Setiu ni takde lah besar sangat tapi agak ramai jugak lah penduduk. kat tempat aku ni banyak jugak lah tempat-tempat yang menarik. salah satu tempat yang paling femes kat negeri aku ni ialah Taman Tamadun Islam. kat situ anda-anda semua boleh lah kalo nak tengok replika-replika bangunan yang terdapat kat seluruh dunia. selain tu jugak, anda-anda semua jugak boleh lawat Masjid Kristal. tu masjid yang paling terhebat yang pernah aku tengok. memang cantik lah. rugi lah kalo anda-anda semua tak datang sini tengok dengan mata sendiri. Selain tu, ada lagi tempat yang menarik di negeri aku ni iaitu; Bukit Puteri, Pasar Payang, Air Terjun Sekayu. jom lah datang terengganu.

"Masjid Kristal"
oke tu je kot pasal aku..

AKU BLOGGER TERENGGANU :)

aku dapat dah!

yes! finally, aku dapat makan kuih seri muka.
wooo! gembira tak terkata. bak kata omputih speechless. haha



credit to my mom for cooking me that kuih (bi hancur)
:)

Sunday 19 December 2010

25 !

entry kali ni cuma nak describe pasal diri aku je yang sebenarnye.. bukan ape, kakak aku sebok sangat duk suruh aku wat bende neh. haa aku ikut jela.

doploh lima pasal diri aku? woww! banyak gile tu. ape la yang ade pada diri aku nak describe sampai doploh lima. haha oke oke tak mau banyak cakap lah, nak cerita ni pasal diri aku..

============================================================

Nurul E'zzati binti Ab Rahman  haa.. sape tu? eee.. tu bukan ke name budak yang comey cute pendek pendek tu ke? haha.. sape heh? aku lah woi! tu name sebenar aku. ikut dalam ic aku tau. aku tau lah ramai antara kalian kalian semua tak tau name sebenar aku kan. maklumlah kan, name glemer Eldino Esparaza. orang pulak duk panggil Dino je. haha..

abah orang jawa  sape sini orang jawa? haa meh kawan ngan aku. aku pun orang jawa jugak. jawa selangor. abah aku keturunan jawa berasal dari selangor. bile balik sana, abah aku akan menggunakan bahasa asingnya tu dengan familinya. haha sangat noob nye diri aku ni sebab tak pandai nak cakap jawa dan tarak faham pape pun. sobs

2 sangat bermakna  why; ada 2 abang (kembar), 2 kakak dan 2 adik. menarik kan? hehe

merajuk sifat utama  yang ni aku tak boleh nak buang dah. aku ni orang yang kuat merajuk, kene marah sikit pun dah merajuk, orang tak ajak jalan jalan pun aku merajuk. haha kejadahnye dah beso beso pun nak merajuk sis! haha nak buek camno, dah memang sifat azali yang tak boleh diubah. :)

memiliki dua bijik enfon  bukan aku orang kaya! satu fon aku guna tu, fon biase biase je. biaselah kan sebelom dapat mencapai hasrat nak pakai fon 3g, kene lah mendahuluinye dengan fon fon biase dulu kan. aku tak caye kalo first start guna fon terus dapat Blackberry. tipuuu!  satu fon Nokia satu ag fon SE. dan maka contact number pun ade dua lah.

belajar kat UTHM  seorang pelajar dalam kos Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. adalah juga pelajar tahun 2 semester 2 (bukak sem depan). pada mulanya tak minat sangat dengan kos yang dapat tapi berusaha menjinak jinakkan diri dengan kos tersebut.

single is better  memiliki status single sejak bulan 5 2009. sehingga sekarang masih kekal dengan status itu.

3 kali gagal bercinta  haa terkejut ke? haha takkan lah terkejut. perkara biase. 3 kali gagal bercinta sebelum menjadi betul betul dewasa. cinta pertama di sekolah menengah, cinta kedua di matrikulasi (sem 1) dan cinta ketiga di matrikulasi jugak (sem 2). hahahaa..

bestiest is a boy  kawan baik aku semua tergolong dari kalangan budak laki. dorang lagi memahami, dorang lagi masuk kepala dengan aku! betul tak guys. haha macam lah korang bace blog aku ni kan.

selalu lambat masuk kelas  haa yang ni aku tak tau dah nak wat camne. selalu je lambat masuk kelas. aku dah cuba menjadi terawal tapi tak berjaya jugak. haha penah satu kali tu aku lambat masuk kelas. aku paling last dalam kalangan budak budak pompuan kelas aku. sampai kat kelas lec dah kunci pintu. haha xboleh masuk kelas dah. balik semula hostel sambung tido! :P

pelajar harapan di tingkatan 5  dulu time sekolah, cikgu cikgi jadikan aku harapan dorang kat sekolah. pehhh! bukan senang nak jadi harapan sekolah. segala galanya diperhatikan. dah la aku ni budak gengster sekolah, pakai stokin kartun kasut sekolah hitam. haha serius xpercaya. tapi tu la kenyataannye, menjadi harapan sekolah tuk menaikkan ranking sekolah dalam spm. adeii...

tak suka pakai kasut  means bukan kaki ayam okess! maksudnya, aku lebih suka pakai selipar import dari jepun tuk kemana mana. even ke kelas pun aku pakai selipar. haha selalu kene tegur. ari tuh pegi exam pakai selipar import tu, pastu ada lah salah seorang pengawas exam ni tegur aku. haha naseb baek last paper dah. selamat dunia akhirat. :)

SAMSUNG external hardisk  ni harta aku paling penting dalam hidup aku! bende alah ni lah yang membantu aku meng'save'kan keje keje, tugasan tugasan aku time aku study ni. bukan senang nak dapat mende ni. usaha sekeras kerasnye baru lah aku dapat mende alah ni.

asam  eee yakkk. aku paling tak suka asam ni. segala jenis asam yang masam aku tak makan. masam kot. susah aku nak telan kalo bab bab asam ni. sebab tu aku tak makan. tak boleh diterima perut.

ada penyakit gastrik  atau dalam bahasa kampungnya sakit hulu hati. takde lah teruk sangat pun penyakit aku ni. cuma kene makan ikut time, jangan biar perut masuk angin. pantang larang aku; takleh makan masam, pedas dan takleh minum ais. (tapi ari ari minum ais)

suka sorang sorang  aku tak suka berteman. kadang kadang orang pun pelik tengok aku. pegi minimarket kat pekan aku pun aku pegi sorang sorang. haha tak ke pelik, kalo orang laen jangan harap nak masuk pekan sorang sorang. mesti tak berani punyer. tapi bagi aku, better sorang sorang takde lah nak susahkan sape sape, aku tak susahkan orang, orang pun tak susahkan aku. kan? :)

8 mei 2010  tarikh istimewa dalam hidup aku

kurang minat ber'text'  malas lah nak tunggu mesej lame lame. pastu kene taip pulak, sakit tangan aku. adeii

suka jalan jalan  ada lah sorang mamat tu suka je menunaikan hasrat aku tuk jalan jalan. kalo nak g mane mane, bgtau je kompem dapat. haha teruk kan. susahkan orang je. wekkk!

ada 2 blog  eldinoesparaza.blogspot.com // eldinoesparaza2.blogspot.com (blog yang ni)

muka berjerawat  haa yang ni takleh nak ubat lagi wat mase sekarang. faktor pemakanan kot. nanti aku jadi cantik muka bersih korang jangan jeles pulak. hahaha..

pendek  gelaran yang kawan kawan aku copkan kat aku. haha tak marah pun sebab bende betul. adik aku yang bongsu pun tinggi dari aku. haha. tinggi aku 150++.

tak suka kene paksa  jangan cuba paksa aku kalo aku tak suka wat sesuatu yang kene buat. haha berbelit lidah aku. maksud aku, kalo aku kata TAK, jangan paksa aku cakap YA. oke maksud yang lagi dalam; jangan paksa aku wat ape yang aku tak suka wat hingga boleh menyebabkan aku tak suka korang lagi sampai bile bile. hehee

sangat sensitif  kene marah sikit nangis, kene tengking sikit merajuk. ape daaa.. memang tu sifat aku yang orang laen pun xsuka, bukan aku je. hati ni mudah tersentuh dengan perkara perkara berikut; kene marah, kene tengking, kene tegur dan banyak lagi lah. plis maafkan aku kalo ade sape sape yang tak berkenan. :)

high heel(betul ke eja macam ni)  selalu berangan angan nak pakai mende ni tapi tak berani. takde keyakinan diri lagi lah. bile tengok orang laen, jeles pun ade gak. nape orang laen boleh pakai aku xboleh? bukan xboleh tapi tak berani je. hehe. maybe one day nanti aku boleh pakai jugak. sape tau kan. hehee..

oke lah uolsss semua. kalo nak cakap pasal diri aku ni sampai bile bile pun tak abes kan. so kalo kite nak tau tentang seseorang tu, kite kene lah kawan dengan dy dulu, kene dengan lebih rapat (kene ikhlas tau). baru lah kite tau mane baek mane buruk tentang seseorang tu. bukan dengar cakap orang je oke? :)

oke aku nak tag bebudak ni:

cikgu daus

*okelah, sori yea kawan kawan tag korang. hanya menurut perintah. :)

Thursday 16 December 2010

Semester Break after Program Jati Diri

Seronoknye dapat cuti sem dah. haa nak dijadikan cite aku dah dua ari kat umah, cuma baru nak update lah blog ni. bukan takde mase, tapi malas pulak nak berblogging time kat umah ni. cuti sem takde lah lame sangat cuma 2 minggu lebih je. alah, kira bersyukur sangat sangat even sekejap je. nak wat caner, dari xcuti langsung kan kira dah bagoslah dapat cuti 2 minggu ni. 2 minggu ni akan aku gunakan sepenuh penuh dan sebaek baeknye. nak spend mase ngan family aku je. nanti dah takde cuti takde lah rindu sangat nak balik lagi kan.

Meh aku cite pasal program yang sedikit sebanyak memakan mase cuti sem aku ni. pada mulanya cuba korang bace entry aku sebelom ni (kat bawah ni). haha betapa bengangnye perasaan aku kat program ni. bukan pe, aku xtau caner pengisian program ni, so rase bengang jugak lah. mane lah tau program ni akan membuang mase aku camtu je. sebab pengarah program ni (Haji Sam) xbagitau pape pn. dy cakap memang dy saje nak gtau pasal pengisian program tu sebab dy nak tengok student student yang join ade inisiatif sendiri tak nak join program tu. memang respect ah aku kat lecturer aku ni. dy punyer planning tuk program ni memang terbaek lah.

Sebelom pape berlaku meh aku briefing sket pasal program ni. program ni dinamakan Program Jati Diri dan Biro Tata Negara. ia berlangsung kat dewan kuliah 2, UTHM. program ni berlangsung selama satu hari setengah. means 13 n 14 tapi 14 tu sampai tengahari je. sebab tu sehari setengah je. pada mulanya, hari pertama tu memang nak pegi xnak pegi je. sebab xnampak lagi pengisian program tu. program pertama berlangsung ialah ceramah BTN. memang best jugak lah sebab banyak menyedarkan aku pasal dunia semasa. program kedua pun ceramah BTN. same je dengan ceramah pertama tapi tajuk n penceramah je laen laen.

Petang tu pulak ade aktiviti LDK. tau kan LDK tu pe, xperlu kot aku explain. yang LDK petang tu oke lah jugak cuma bosan sket sebab duk dalam dewan je. malam tu LDK lagi tapi LDK yang kedua tu memang best sangat sangat. memang happening sangat aktiviti tu. nak tau pe, aktiviti Kembara Malam. hahaha macam best kan aktiviti tu, tp memang best sangat sangat. aktivit malam tu, kami dikehendaki mencari checkpoint2 yang tersembunyi. memang mencabar lah sebab setiap checkpoint yang kami jumpa xsemestinya betul. checkpoint pertama kami jumpa dengan pantasnya. tapi memang malang sekali sebab checkpoint kedua kami ditipu. hahaha. kat checkpoint tu kami kene maen game altraman dan raksasa. bukan maen excited kami bermain rupa-rupanya tu checkpoint X. takde jawapan pun kat checkpoint tu. adeiii kami tertipu.... tapi takpe, yang penting kami menang tempat pertama aktiviti tu...

Haa meh nak cite aktiviti pada second day pulak. second day, pagi tu ade ceramah oleh pengarah program sendiri iaitu lecterur aku (Haji Sam). dy bagi ceramah kesedaran sikit kat kami semua. lepas ceramah tu, aktiviti LDK ketiga pulak dijalankan. LDK yang tu paling enjoy sangat sangat. kami maen boom boom! haa mesti xtau pe kan. kami diberi lagu setiap kumpulan pastu kene lawan nyanyi dengan group laen. memang best sangat sangat program ni.

Bagi aku program ni sangat2 bermakna even pada mulanya aku memang berat hati nak join. bile dah join banyak betul perkara yang bermanfaat tuk aku amek dan terapkan dalam diri aku yang bakal menjadi seorang guru pada tahun 2013 nanti. tak rugi sangat kalo sape sape join program ni. tak sia sia aku korbankan cuti sem aku pada semester ni.

Sekarang aku dah balik kampung tuk bercuti. bile aku berada dirumah, terbayang bayang lagi aku aktiviti yang aku jalankan kat UTHM selama 2 hari tu. memang menjadi kenangan paling manis bagi aku selama aku menjadi pelajar di UTHM ni. sebelum aku akhiri entry aku kali ni aku nak kongsi kan sebuah lagu yang menjadi lagu tema Program Jati Diri dan Biro Tata Negara tu. enjoy lirik dy oke.. :)





Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
tajuk: biarku menjadi lilin
penyanyi: pelangi
*sape nak tau lagu dy caner search la kat youtube :) 

Saturday 11 December 2010

masih menanti..

aku masih menanti cuti sem aku.. kau pegi mane haa cuti sem?? kau hide n seek dengan aku pulakk! grrr..

ape lah nasib kami kami yang masih belum dapat menikmati cuti sem di kampung halaman tercinta. orang lain dah bergembira sakan dengan famili tapi kami kami yang terbabit masih di perantauan..

alkisahnye mau di story kan disini, aku dah abes exam untuk sem neh pada 3HB DISEMBER 2010. haa aku capital kan nak bagi korang nampak.

dah seminggu bertapa di parit raja yang agakk best neh *tangan dibahu mata ke atas* tanpa melakukan sebarang aktiviti semata-mata mau melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar. berkorban apa saja. demi nusa bangsa dan negara..

perasaan aku membuak buak nak balik kampung ni! tapi ape kan daya. ade program pulak 13 n 14 hb ni. spoil betol. orang cakap tak yah pegi, tapi aku xberani nak ponteng!

aku bukan budak nerd oke! aku cuma taknak pape yang tak dijangka akan berlaku pada masa depan. tabahkan hati untuk menghadirkan diri untuk program tu dengan seikhlas hati.. ikhlas ke nak pegi? separuh separuh je naluri ni nak pegi program tu.

cuti sem dah la pendek pakcik oi! program ni betol betol kacau cuti sem aku lah. taktau ke ramai orang orang yang aku sayang tunggu aku balik haa? adeiii amma appa.  nasib badan nak buek camno..

takpe lah, ayuh kawan kawan aku semua kite kuatkan semangat menempuh program tu! dua hari je kan. chilexx lah kawan kawan. huh! bosan aku..

Friday 10 December 2010

hati menangis lagi..

Dikecewakan.. again? ohh tuhan, nasib sangat tak menyebelahi. Dulu, aku berjanji tak kan semudah mudahnye membuka pintu hati untuk lelaki. serik aku untuk bercinta lagi. selalu menjadi permainan lelaki. tapi apa lah daya aku seorang wanita, sentiasa ingin dikasihi dan disayangi. jeles dengan perempuan perempuan yang memiliki kekasih hati, jeles pabila mereka dimanja, dikasihi, disayangi. terasa ingin memiliki menda yang same.

setahun lebih menutup pintu hati, kini terbuka kembali untuk lelaki. memang memakan mase yang lama untuk mengubat hati yang lara. setahun. memang tempoh yang agak panjang. aku cuba untuk bangkit kembali dari kehidupan. bukan membenci lelaki! tetapi tidak mempercayai golongan tersebut. susah bagi aku nak kembali kan kepercayaan yang telah hilang oleh sebab golongan golongan tersebut.

tokk tokk tokk! someone cuba untuk mengetuk pintu hati ini. terpaut pada seseorang yang selalu mengambil berat tentang diri ini. aku berusaha untuk mengeraskan hati, tapi ade je perkara yang membuatkan aku terpaut padanya. seronok. layanannye buat aku tersenyum sepanjang masa. hati mula terusik. bahagianya waktu tu.

namun, hatiku menangis lagi. dalam keseronokan yang kita miliki, ade juga kesedihan DIA berikan. kita tak selamanya boleh tersenyum, kadang kadang DIA nak uji dgn ujian bagai. memang terlalu sedih dengan ujian yang diberikan ni. aku tak kuat! aku lemah. hatiku menangis lagi. salah diri sendiri. bukan nak menyalahkan takdir, tapi nasib tidak selalu menyebelahi aku. "Ya Allah, tabahkan hati ini. semoga mendapat jalan penyelesaian yang terbaik. lindungi aku."




Aku bukan manusia sempurna.....
Cinta aku kepada Allah adalah segalanya....
Cinta aku kepada nabi menjadi aku kuat dan tawwakkal...
Cinta kepada Ibubapa menjadi kn aku lebih bermotivasi...
Cinta kepada manusia hanya lah halangan untuk aku mencintai ALLAH, NABI dan RASUl, dan IBUBAPA....


*Mohd Hafiz Aziz sori ler amek ayat neh kat blog ko.

Thursday 9 December 2010

i'm PROUD to be UTHM's student :)
















integriti berinovasi
merintis teknologi terkini
etika universiti
mendukung visi dan misi
realisasikan aspirasi
dinamis berkualiti

UTHM..
gemilang akan dijulang
trajui aplikasi
sains dan teknologi
yakini semangat jati diri
saingi globalisasi
demi agama nusa bangsa
mendukung wawasan negara..

he is my boyfriend!


sorry sayang! i amek gambar ni kat fon you.
hahaha;

Wednesday 8 December 2010

50 tanya DAN 50 jawab

1.Shortest relationship?
almost 3 month


2. Last gift you received?
  minnie mouse teady bear :)


3. Ever dropped a cell phone?
always :|


4. Last food you ate?
beger ayam dauble spesel

5. Last club you visited?
none.


6. Last smoke
never! hate smoker


7. One favorite song?
just a dream-nelly


8. Where do you live?
currently in batu pahat *studying


9. Last wedding you attended:
my cousin wedding


10. Last time you saw your friends?
too many friends. lol


11. Where is your favorite place?
by his side


12. Can you cook?
haha sikit sikit


13. Last time you cried?
baru je.

14. Why?
miss him :(


15. Hate most about yourself?
jeles bile tau dia kuar.


16. Can you sing?
yes, with my cartoon voice tone ;p


17. Do you smoke?
never


18. Pancakes or French toast?
pancakes


19. Do you like coffee?
i prefer nescafe :D


20. Last person who sends you a text message?
him :)


21. What was the last text message you received?
take care. miss u. *blushing


22. Can you play pool?
i wish i can


23. Can you swim?
nope. belaja xpenah nk pandai :)


24. Favorite flavor of ice cream?
coklat :)


25. What time did you wake up this morning?
12pm. haha


26. What are you doing this week?
no idea


27. Are you smiling?
nope.


28. Do you miss someone right now?
yes and a lot


29. Do you have a crush?
hahahaha


30. Do you have a sister?
yes.


31. Who is your closest cousin’s name?
nurul liana amani


32. What were you doing 10 minutes ago?
blogging


33. if you were a color, what would you be?
pink. err yakks ! black maybe.


34. if you could go anywhere right now, where?
i want to be by his side no matter where


35. Food you're craving for right this minute?
cakeeeess


36. Name a person who's name starts with the letter "j"?
Johan haris. my ex-clasmate kt matrik.


38. Radio station you frequently listen to?
hitz.fm


39. Where do you usually hang out?
atas katil. haha


40. if you were to change careers, what would you want it to be?
im not sure


41. What are you going to do tomorrow?
tak tau lagik.


42. Favorite day?
when i am with him :)


43. Are you easy to get along with?
yes.


44. What movie do you want to see right now?
lots!!


45. Whose birthday is coming up?
sape besday dia yang akan dtg wehh. ;)


46. How many kids do you want?
4 enough


47. Where do you usually watch movies?
bp mall, squareone.


48. Name one person which starts with the letter "m"??
ntah. tibe2 blur. adoi :)


49. Favorite thing that you have now?
hahaha theres a lot


50. Do you have any bestfriend that is an opposite sex?
yes a lot :)

Tuesday 7 December 2010

kuih-muih vs western food!

maaaa!! dah lame xmakan kuih muih tradisional. tetibe mengidam. adoiii. mane nak cari kuih muih sebegitu kat tempat aku belaja neh. hummm, nak balik kampung lah ngek!! sobs
malam-malam asyik mimpikan kuih muih je. tahap icu dah aku neh.
tolong tolong!! sape reti buat kuih haa? aku kasi upah sape boleh wt kan aku kuih.
serius mengidam nak makan. nak balik kampung, lambat bebenor. sobs

kuih lapis, kuih sri muka, kuih gulung-gulung. hummm, meleleh air liur aku.
mane nak dapat neh?



hari-hari makan western food! huyooo, biase lah..
duk over the sea mane nak dapat kuih muih neh kan. sobs
tak mcd, kfc.. tak kfc, pizza.. adoii,, berlagak betul. :P
bukan sedap sangat lah mende alah tu semua. tapi ramai jugak yang makan kan.
haha.. nak berlagak jadi omputih ah tu.



haaa.. mende kat atas neh lah namenye mcd. mane yang xtau tu, aku nak kabo kan lah neh.
mende neh la, orang ramai suka makan. aku pun. haha
bukan pe, xde lah mengeyangkan pun makan mende alah kat atas neh tapi best kot.
entah, makan ler bebanyak, lame gemok. haa baru lah sebok nak exercise.



aloloo tomey tomey budak2 neh. haa kuat benor yea dik makan mcd.
taknak lah sampai jadi mcm neh. sape2 ade anak2 tuh,
ajo lah mereka2 supaya mengamalkan permakanan yang sihat agar tidak gemok di hari mendatang.
makan nasi kan lagi best. hehe..

(gambo curi kat google. hehe)

papehal pun, makanan kita lagi best lah dari makanan luar tu.
kuih muih kite lagi sedap, berkhasiat, suci, murni lagi.


nak kuih sri muka. :(

Berharap hari yang baik untuk esok

"Kehidupan yang indah pada keesokkan harinya memang selalu diimpikan oleh semua orang. Hari ini adalah kenangan, hari esok adalah kenyataan."

*ngantoknye. tido dulu. zzzz

Blog Kedua

Assalamualaikum..

sorry guys, terpaksa buat blog kedua sebab dah bosan dgn blog dulu.
hahaha.. boleh pulak kan nak bosan bosan ni.

Blog yang nih maybe lebih formal sket kot. entah, jejaki jela yek :)