Sunday 30 January 2011

Halloo.. Helloooo.. Hoolllaaaaa...

Assalamualaikum wahai rakan blogger yang aku sayangi semua. wahh dah lame dah tak update blog aku yang tak bape banyak entry ni. fuhhh fuhhh bersawang dah blog ni. blah la.. tipu bersawang, takde sawang pun. hihi.. Sori yea kawan-kawan, aku dah lame tak update blog ni. almaklumlah, kehidupan sebagai seorang mahasiswi membataskan aku untuk bersosial di laman sosial. yelah.. hari-hari kelas full. bile takde kelas busy nak wat discussion lah, assignment lah segala bagai. haih, penat-penat!!

Oke, firstly aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar IPTA, IPTS, IPG dan segala ipt yang ade kat Malaysia ni yang sedang menikmati cuti sem macam aku ni. haa.. nak kate lame tu takde lah lame sangat cuti ni, tapi boleh lah jugak dalam spuloh hari cenggitu. haih, amat bersyukur tau dapat cuti even pendek cenggini. yelah, pasni aku dah takde cuti dah. maybe straight sampai abes sem kot. xtau ag. hihii...

Mood sangat-sangat lah bahagia apabila duk kat kampung halaman ni. yelah, mane tak nye, boleh together together dengan keluarga tercinta. tambah-tambah loan dah masuk! haih, memang seronok beronok ronok lah.. hahaa.. happy tak terkata lah katakan, ter"excited" pulak. sorii -_-"

Sekali lagi rase nak mintak maaf kat mane yang follow blog aku ni, sebab aku jarang update blog. masa tak mengizinkan, sampai ade orang tegur, "ape cite ko punyer blog, aktif lagi tak".. haih, soklan yang aku rase nak jawab taknak jawab je. hihiii.. sori yea kawan-kawan, kalo ade kekangan mase dan aku betol-betol free aku akan rajin-rajin kan diri updatekan blog aku ni.. oke!! =)

Friday 14 January 2011

Belajar Cakak Ganung ngan Cikgu Stopa..



Zizan!! Pelawak terbaik abad ni.. hihi.. Love u Zizan..

layan....

Thursday 13 January 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL

Cool kan tajuk entry aku kali ni.. Semalam kakak aku tag aku dalam satu contest ni. Dia memang gile contest kot. setiap contest kalo boleh dia nak tag aku. hahaa.. So, tengah alang-alang free ni rase nak join jugak lah.. bukan berharap tuk menang pun.. Saje suka-suka.. oke, penganjur contest ni si gadis bermata coklat. aku nak join!



Dalam koleksi gambar-gambar aku, yang ni aku rase gambar hitam putih paling cool.. hihi.. Menang ke tak laen cite lah.. =)

Kalo lah aku menang contest tu dan dapat duit RM100 tu, aku nakk.......

Beli jersi Malaysia yang kaler hitam kuning tu.. Dah lame mengidam.. hehee..

oke, skang aku nak tag bebudak ni:


oke done! gud luck all =)

RM4 per day..

Haa.. mesti terkejut tengok tajuk entri tu.. haha.. RM4 per day.. ape tu?? bilik sewa? bil api? bil air? haha.. salah sama sekali. sebenarnya aku nak gitau yang aku just belanja rm4 je tuk satu hari.. sikitnye.. aku makan pasir ke ape rm4 je.. haa.. betol lah tu.. aku guna rm4 je satu hari tuk makan tengahari. aku tak makan malam. aku beli nasi +  kuah sket + ayam goreng + air milo = Rm4. cukup lah tu.. bukan ari-ari aku beli lauk same.. aku tukar gak kuahnya.. takkan lah nak makan mende same ari-ari.. boleh muntah kalo duk makan yang same je.. hahaa..

Ni bukan kes diet ke ape oke.. Sesungguhnya aku tak diet. Aku jimat je.. yelah.. PTPTN lambat beno nak masuknye.. Kesian aku, nak makan pun kene catu, guna sabun mandi pun ingat-ingat kene jimat.. Kalo abes, mane aku nak dapat duit beli barang-barang tu semua..



"ENCIK PTPTN, CEPATLAH BAGI AKU DUIT.."



Oleh kerana aku yang tak mampu ni bergantung kat PTPTN je, so kene lah banyak-banyak bersabar.. Takleh gak nak marah-marah.. kang Allah langsung xkasi aku duit baru padan muka aku.. hehehee..

Ni ade sket berita pasal PTPTN universiti aku..


tarikh dapat duit same ngan tarikh aku balik kampung..

Wednesday 12 January 2011

Cikgu bab 1: First Presentation of 4th semester

Assalamualaikum..

Aku nak tulis entri kali ni pasal diri aku ni yang bakal jadi cikgu 2013 nanti.. haa.. Semalam aku ada wat presentation. First presentation of this semester you know. haha.. Awal-awal sem dah kene present. haa.. Begitulah dunia seorang pelajar di IPTA.. takde dah istilah awal sem boleh honeymoon dulu. Sekarang awal-awal sem dah dapat assignment bergunung-gunung.. Macam aku lah.. Minggu pertama kuliah, setiap subjek boleh dikatakan ada assignment. haha sesungguhnya lecturer aku tak suka tengok aku duk rilek-rilek maen pesbuk, twitter dan segala bagai..

First presentation yang aku wat ni under subjek Elektrik dan Magnet.. hooo.. sangat-sangat aku tak suka. Aku budak major Awam lahhh.. mane boleh blah dengan letrik-letrik ni.. sangat tak pandai dan tak suka bab-bab cengginii.. sebab tu lah aku lebih rela amek awam kalo nak dibandingkan dengan letrik dan mekanikal. haiyooo.. aku noob bab tu.. hahaa..

Lecturer Elektrik dan Magnet aku ni baru balik dari sambung belajar. Kiranya masih lagi fresh lah bab-bab Elektrik.. so takleh lah nak wat maen-maen kan.. Lagi satu, dy amalkan PnP berpusatkan student. haa.. Sudah semestinya kelas-kelas yang berikut dan berikutnya akan diadakan presentation.. so takleh wat maen-maen sebab markah PB pun terletak kat presentation.. sobss (aku dah lah xreti nak present baek-baek)

Satu group dy bagi 5 org.. dah memang nasib kene lak group aku ni semua budak-budak awam.. adehhh... Mula-mula tu semua pakat taknak present.. last-last kami wat lah undian.. haha macam budak-budak lah korang ni.. Aku dah cuak dah time tu, mane tau aku yang kene.. yelah.. Aku ni dah la lemah sket bab-bab nak jadi cikgu present kat depan ni... hahaa.. time tu redha je.. Redha punye redha, haa amek kau, kene kat aku tuk present.. hahaa.. takpelah, aku cuba! So, aku wat lah presentation yang terbaek (berdebar-debar duk kat depan hanya Allah yang tau..)

Sebenarnya, banyak baek dan buruknya presentation ni tuk student-student especially student yang bakal menjadi seorang pendidik.. Antaranya:

  1. Dapat hilangkan rase malu untuk bercakap kat depan..
  2. Tambahkan keyakinan kita untuk menjadi seorang pendidik. (yelah, cikgu kan nk mengaja kat depan)
  3. Boleh menambahkan ilmu pengetahuan sendiri. (menjadi seorang pencerita lebih baek dari pendengar)
  4. Dapat tunjuk baju cantik-cantik bila duk depan.. hihi.. gurau je..

oke, kat bawah ni ade sedikit sebanyak gambar aku tengah present. sempat ag snap tu.. hihi...


aku yang pakai baju pink tu.. tersengih-sengih... =P 



macam tengah karok je..hihi...

oke guys, thats all for chapter 1.. =)

Tuesday 11 January 2011

Johor Cuti Hari ni

==================
BOSAN... -_-
==================

Monday 10 January 2011

Al-Fatihah

Takziah di ucapkan kepada lecturer Tuan Haji Mohd Nor Ihkasan (lecturer Microteaching aku, ketua unit UCiTV, UTHM) atas pemergian anak bongsu beliau pagi tadi. Anak beliau meninggal dunia akibat terlibat dalam satu kemalangan langgar lari ketika sedang berbasikal ke sekolah. Semoga beliau dan keluarga banyak-banyak bersabar atas pemergian itu.


AL-FATIHAH...

Al-kisah Ana Raffali...

      Ana Raffali menang AJL 25 malam tadi. First target aku, Faizal Tahir yang menang.. sudah semestinya sebab aku minat dia.. tapi syukur gak lah, at least Faizal Tahir dapat persembahan yang terbaik. Aku tengok pun memang terbaik la.. Susah payah dia sedia aquarium besar-besar kat stage tu, kalo tak menang gak taktau ah nak kata ape..

     

      Berbalik kepada cerita Ana Raffali... Tahniah sebab dapat juara AJL malam tadi. dia nyanyi best je aku tengok. Takde hal lah kalo dia yang menang kan. Tapi kesian pulak aku tengok. Disebabkan oleh kemenangan dia dalam pertandingan tu, ramai orang tak setuju. Ramai orang duk kutuk-kutuk dia. Kalo tak salah aku, siap ade orang wat page lagi kat pesbuk pasal tak setuju dia menang malam tadi. Tak baik tau korang!!

      Kesian pulak kat dia. Orang tu dah la baru nak naek dalam industri.. Dah rezeki dia la tu, nak menang malam tadi. hihi.. bukan ape.. aku sekadar bagi pendapat je. yelah.. aku tengok dah ramai sangat duk kutuk-kutuk dia dalam pesbuk. Biarlah dia menang.. Maybe M.Nasir nak naekkan name dia lagi dalam industri tersebut. yelah, dia kan budak baru. dah la pandai wat lagu sendiri. kita pun tak mampu nak wat lagu sendiri kot (aku jelah yang xmampu).. hihi.. k la korang, dah dah la kutuk dia oke. aku pun bukan minat sangat kat dia, tapi tak baek lah, kita kutuk orang ni! peace...

Tiket Cuti Raya Cina sold out!

Entry kali ni aku nak tulis sebab aku baru balik dari cari tiket nak balik cuti raya cina ni. Penatnya pegi cari tiket nak balik cuti ni. Banyak yang dah sold out. Abes semua kaunter tiket aku geledah, mane tau ade seat-seat kosong yang terlepas pandang. Hampa betol!! 28/29 Januari semua dah takde. Full dah satu bas. haa...


ATTENTION!!   ATTENTION!!


Tiket dah banyak abes yea wahai kawan-kawan seluruh IPTA ku sayang. Oleh disebabkan cuti Raya Cina berada dalam cuti midsem kita, maka kita pulak yang sebok nak balik raya. yelahh! cuti midsem okess. Takkan lah taknak balik. Kecewa lah jugak sebab tiket pada tarikh yang diinginkan tu dah abes. mane nak cari lagi kan.



"haiyaaa, lu olang haa mau balik laya jugak ka? "
"apa pasal olang melayu nak beli tiket balik laya ni. "



Kita 1 Malaysia yea aunty, uncle! kami pun nak raye jugak (nak angpau). hihi... tu la, sape suh wat midsem time Raya Cina. tak pasal-pasal kami pun "beraya sekali"...

Baru je seminggu masuk sem baru, dah sebok kene fikir pasal midsem pulak. hadohyaiii!!! punyer lah rushing nak keja abes belaja bulan 4, midsem pun masuk kat bulan 1. hahaha.. kelakar pun ade.. haaa sambung balik cite aku cari tiket tadi.. Sebelum pegi cari tiket, aku pegi lah cucuk duit dulu. Makk aii!! terkejut aku, aku student u aku pakai baju sama cam aku. hahaha.. yang tak leh blah tu, dak tu laki. Dak tu ade kat ATM tu, aku pun pegi lah kat ATM tu. yang menambahkan kelakarnya, dak tu boleh menyorok sebab taknak aku nampak dy punyer baju same macam aku. hahaha. rilekss ah bro, aku pun beli baju UTHM gak, bukan ko sorg. xyah lah nak malu2 kan. kita kan 1 Universiti.

haha.. sori-sori.. out of topic lagi.. oke, lepas amek duit, aku pun pegi lah beli tiket. oleh disebabkan tiket banyak dah sold out, aku mengambil keputusan tuk balik awal sikit. haha.. takde lah awal sangat. 27hb, tak lah awal sangat kan *kening up up*... Abes dah takde jalan lain dah. Tiket yang tinggal 30hb je. lambat sangat kot tu. Oleh yang demikian, aku terpaksa lah skip kelas Math pada malam 27hb tu. heshh, tak penah ponteng ni.. tapi, Ape la salahnye kan (cuba hilangkan rase bersalah)..

So, pada kawan-kawan yang nak cuti sem same macam u aku ni, yang nak kene beli tiket balik kampung, cepat-cepatlah pegi beli tiket yeaa.. Bukan ape, takot korang takleh nak balik raya nanti. Sape gak yang susah, diri sendiri gak yang susah.. =)

Saturday 8 January 2011

Minggu pertama pun dah bergunung assignment!!

     

      Pepatah mengatakan, "berjuang selagi berdaya". haa tengah berjuang lah ni. Berjuang menyiapkan assignment yang bergunung-gunung. Padahal baru je first week start kuliah. Assignment dah tak cukup tangan. Sekarang dah takde istilah; berehat puas-puas, tido lame-lame, lepak ngan member-member. Semua tu dah takde dah. Nak wat semua tu pun time rileks-rileks lepas penat wat assignment. hoh! assignment lagi. adehhh... =(

      Penatnye jadi student. Hanya tu je yang mampu aku cakap. Bukan menyesal menjadi seorang student ipta, tapi mengenangkan nasib yang tak dapat rehat yang cukup, keluhan hati sering berkata-kata. Sem berganti sem, tahun berganti tahun. Masuk sem baru, lec baru, subjek baru dan assignment pun baru. -_-"

      Baru minggu pertama dah dapat banyak assignment, bayangkan kalo dah ber"week"2 nanti. Tak tido langsung kot. hihi.. takpe lah, selagi Allah kurniakan kudrat tulang empat kerat ni, aku akan berusaha sehabis daya supaya dapat grade and dapat jadi cikgu yang berjaya tak lama lagi.. =)

*Ya Allah, selagi Kau disisi, tabahkan hati ini, kuatkanlah semangat diri yang lemah ini...

Contest Jelingan Manja

Dalam kesibukan membuat assignment, tergerak hati nak bukak blog. haha dah lame tak bukak blog aku. sorry guys, busy sket. haa..bukak je blog, dapat tag dari kakakku yang memang hantu blog ni tentang satu contest. Ape lagi, try la join jugak. hihi..

Oke-oke, nak perkenalkan pengajur contest ni. kat bawah ni lah pengajurnya, Cik Bulan. comelkan. hihi..





Dengan tak bape konpidem sangat, aku bukak lah external hardisk aku, try cari gambar-gambar yang menunjukkan aku menjeling manja. hihi.. cuak jugak masuk contest ni, takot tak menepati citarasa jelingan manja. hehe. oke2, aku dapat dah....




hihi.. harap-harap gambar kat atas ni menepati citarasa la yea. sebab tak pandai sangat lah nak jeling-jeling manja ni. kang tergoda pulak! hihii..

oke, nak tag

Sunday 2 January 2011

Hari Pertama Kuliah

Hello kawan-kawan.. eh, sori sori, Assalamualaikum kawan-kawan.. kita kan beragama islam. Selamat Sejahtera bagi yang bukan beragama islam. oke, hari ni hari pertama kuliah aku untuk sesi 2010/2011( sem 4) ni. Kuliah pun start same ngan budak sekolah. dah macam kami ni budak sekolah pun ade. hihi..

First day, oke.. Sudah semestinya banyak cerita nak di ceritakan. hihi. Setelah lame bercuti, berpisah dengan kawan-kawan sekelas, ari ni dapat jupe balik. Sorang sorang mulut pot..pet..pot..pet! haha. Masing-masing nak keluarkan story time cuti. macam-macam ragam budak kelas aku tengok. haha.. kelakar pun ade, masing-masing tak berubah perangai.same gak macam lepas-lepas. 

Kul6.30 dah bangun tido. haha.. semangat gile nak g kelas. Tido pun tak bape nak lena malam tadi. Dah siap-siap semua, terus g kelas. awal kot, 7.30 dah tunggu bas nak g kelas. haha.. biaselah awal-awal sem. Dah nak abes sem nanti tengok la, hilanglah semua ni. Kelas first ari ni, Microteaching. oke, subjek ni maybe bakal2 guru je kot yang tau caner. hihi.. Kelas aku dibahagikan dua group disebabkan kapasiti penduduk yang ramai. So, lecturer tak boleh handle satu kelas tu ramai2.

Aku dapat group yang second. Lecturer melayu, Encik Mohd Nor. Satu group lagi lecturer Chinese. So, aku bersyukur la dapat lec melayu. Bab kata pepatah, orang sesama bangsa ni banyak menolong. hihi.. faham-faham lah yep!. Kelas ni sepatotnya kul 8 pagi - kul 3 ptg. Tapi lec aku ni, briefing je 15minit dah boleh balik. haha.. sangat sempoi lah. Katanya, minggu kedua baru start kuliah. Syok jugak, takde ah presure macam group satu lagi, first day dah ade 2 asignment. hihi..

Untuk hari ni, kelas microteaching je tapi disebabkan dah abes awal, so dah takde kelas. Lepas abes kelas, aku ke kampus induk tuk settlekan hal subjek bahasa asing. oke, alhamdulillah dah settle semua. Aku dapat bahasa perancis. haha.. so lepas ni, sape2 orang perancis boleh ah speaking ngan aku ( bajet pandai je). haha. oke guys, kat bawah neh jadual kelas aku tuk sem ni. takde lah pack sangat macam sem-sem yang lepas. BTW, aku harap dapat dekan tuk sem ni sebab ade 4 paper je tuk final. hihi..


sori kawan-kawan, aku print screen je. malas nak copy kat board fakulti. hihi..
so takyah lah susah-susah nk bace kalo tak nampak.
tak digalakkan baca, tuk tontonan sahaje. =)

KEMPUNAN!!

nak jersi ni. bile tanye kat member yang jual jersi, semua cakap dah abes. nak jugak!! sangat kempunan..



sape ade jual, gtau aku tau. aku nak beli! sobs kecewa lagi.='(


Sepi Tanpa Berita

Encik BF....
Mane awak menghilang.
Rindunya saya kat awak.
Handphone tak aktif.
SMS tak lepas.
Call tak dapat.
Seksanya saya.
Jangan wat saya macam ni.
Tiga hari dah cukup seksakan saya.
Inikan seminggu sebulan setahun.

Really miss u Encik BF.. =(

Bernafas dengan lega..

Alhamdulillah.. Semua dah setel. Sori tak dapat nak update blog tuk bape bape hari yang lepas. Sangat banyak perkara yang ingin disetelkan pada tahun 2011 ni. Mula bertolak ke Batu Pahat pada 31 Disember 2010, jam 9.30pm dengan menaiki bas. Dan selamat tiba di sini pada subuh yang dingin.

Balik ke Melewar (hostel) dengan perasaannya yang sangat blur. haha.. Pagi tu aku terus pegi opis nak daftar hostel. Sangat lah complicated sistem untuk sem ni, aku takleh nk tlg member member aku copkan umah. uhh.. nak cakap kejam, memang lah kejam. 2 jam setengah duk pujuk merayu (siap kene marah n maki.. haha) nak tolong member punyer pasal. Biaselah bile orang takde kuase lawan orang yang ada kuasa, semestinya orang yang ade kuase akan menang. Dengan keadaan yang sangat penat (sebab perjalanan 8jam) aku still keraskan hati dan jiwa tunggu depan opis. Last2 aku deal dengan member member aku tuk cukupkan orang (membolehkan aku daftar umah). Akhirnya dapat gak daftar dengan perasaan gembira+kecewa.

Dapat kunci terus masuk hostel dan tido. Barang barang tolak tepi dulu. haha sangat lah malas aku ni. Hari ni (2 januari 2010), baru lah start mengemas+menyusun atur barang barang yang belum di setelkan. Alhamdulillah akhirnya setel semua poblem even rase tidak puas hati. Syukurlah, hari ni aku masih lagi ada tempat berteduh dari hujan dan panas.

Esok dah start kelas, uhh.. malasnye nak mula sem baru. haha awal-awal sem dah malas. Oke lah guys, sebelum jari berhenti menaip, aku rase xlambat lagi nak wish HAPPY NEW YEAR. hihi.. bukan taknak wish tapi disebabkan kekangan masa, so xleh nak wish. oke bye!