Wednesday, 12 January 2011

Cikgu bab 1: First Presentation of 4th semester

Assalamualaikum..

Aku nak tulis entri kali ni pasal diri aku ni yang bakal jadi cikgu 2013 nanti.. haa.. Semalam aku ada wat presentation. First presentation of this semester you know. haha.. Awal-awal sem dah kene present. haa.. Begitulah dunia seorang pelajar di IPTA.. takde dah istilah awal sem boleh honeymoon dulu. Sekarang awal-awal sem dah dapat assignment bergunung-gunung.. Macam aku lah.. Minggu pertama kuliah, setiap subjek boleh dikatakan ada assignment. haha sesungguhnya lecturer aku tak suka tengok aku duk rilek-rilek maen pesbuk, twitter dan segala bagai..

First presentation yang aku wat ni under subjek Elektrik dan Magnet.. hooo.. sangat-sangat aku tak suka. Aku budak major Awam lahhh.. mane boleh blah dengan letrik-letrik ni.. sangat tak pandai dan tak suka bab-bab cengginii.. sebab tu lah aku lebih rela amek awam kalo nak dibandingkan dengan letrik dan mekanikal. haiyooo.. aku noob bab tu.. hahaa..

Lecturer Elektrik dan Magnet aku ni baru balik dari sambung belajar. Kiranya masih lagi fresh lah bab-bab Elektrik.. so takleh lah nak wat maen-maen kan.. Lagi satu, dy amalkan PnP berpusatkan student. haa.. Sudah semestinya kelas-kelas yang berikut dan berikutnya akan diadakan presentation.. so takleh wat maen-maen sebab markah PB pun terletak kat presentation.. sobss (aku dah lah xreti nak present baek-baek)

Satu group dy bagi 5 org.. dah memang nasib kene lak group aku ni semua budak-budak awam.. adehhh... Mula-mula tu semua pakat taknak present.. last-last kami wat lah undian.. haha macam budak-budak lah korang ni.. Aku dah cuak dah time tu, mane tau aku yang kene.. yelah.. Aku ni dah la lemah sket bab-bab nak jadi cikgu present kat depan ni... hahaa.. time tu redha je.. Redha punye redha, haa amek kau, kene kat aku tuk present.. hahaa.. takpelah, aku cuba! So, aku wat lah presentation yang terbaek (berdebar-debar duk kat depan hanya Allah yang tau..)

Sebenarnya, banyak baek dan buruknya presentation ni tuk student-student especially student yang bakal menjadi seorang pendidik.. Antaranya:

  1. Dapat hilangkan rase malu untuk bercakap kat depan..
  2. Tambahkan keyakinan kita untuk menjadi seorang pendidik. (yelah, cikgu kan nk mengaja kat depan)
  3. Boleh menambahkan ilmu pengetahuan sendiri. (menjadi seorang pencerita lebih baek dari pendengar)
  4. Dapat tunjuk baju cantik-cantik bila duk depan.. hihi.. gurau je..

oke, kat bawah ni ade sedikit sebanyak gambar aku tengah present. sempat ag snap tu.. hihi...


aku yang pakai baju pink tu.. tersengih-sengih... =P 



macam tengah karok je..hihi...

oke guys, thats all for chapter 1.. =)

Tuesday, 11 January 2011

Johor Cuti Hari ni

==================
BOSAN... -_-
==================

Monday, 10 January 2011

Al-Fatihah

Takziah di ucapkan kepada lecturer Tuan Haji Mohd Nor Ihkasan (lecturer Microteaching aku, ketua unit UCiTV, UTHM) atas pemergian anak bongsu beliau pagi tadi. Anak beliau meninggal dunia akibat terlibat dalam satu kemalangan langgar lari ketika sedang berbasikal ke sekolah. Semoga beliau dan keluarga banyak-banyak bersabar atas pemergian itu.


AL-FATIHAH...

Al-kisah Ana Raffali...

      Ana Raffali menang AJL 25 malam tadi. First target aku, Faizal Tahir yang menang.. sudah semestinya sebab aku minat dia.. tapi syukur gak lah, at least Faizal Tahir dapat persembahan yang terbaik. Aku tengok pun memang terbaik la.. Susah payah dia sedia aquarium besar-besar kat stage tu, kalo tak menang gak taktau ah nak kata ape..

     

      Berbalik kepada cerita Ana Raffali... Tahniah sebab dapat juara AJL malam tadi. dia nyanyi best je aku tengok. Takde hal lah kalo dia yang menang kan. Tapi kesian pulak aku tengok. Disebabkan oleh kemenangan dia dalam pertandingan tu, ramai orang tak setuju. Ramai orang duk kutuk-kutuk dia. Kalo tak salah aku, siap ade orang wat page lagi kat pesbuk pasal tak setuju dia menang malam tadi. Tak baik tau korang!!

      Kesian pulak kat dia. Orang tu dah la baru nak naek dalam industri.. Dah rezeki dia la tu, nak menang malam tadi. hihi.. bukan ape.. aku sekadar bagi pendapat je. yelah.. aku tengok dah ramai sangat duk kutuk-kutuk dia dalam pesbuk. Biarlah dia menang.. Maybe M.Nasir nak naekkan name dia lagi dalam industri tersebut. yelah, dia kan budak baru. dah la pandai wat lagu sendiri. kita pun tak mampu nak wat lagu sendiri kot (aku jelah yang xmampu).. hihi.. k la korang, dah dah la kutuk dia oke. aku pun bukan minat sangat kat dia, tapi tak baek lah, kita kutuk orang ni! peace...

Tiket Cuti Raya Cina sold out!

Entry kali ni aku nak tulis sebab aku baru balik dari cari tiket nak balik cuti raya cina ni. Penatnya pegi cari tiket nak balik cuti ni. Banyak yang dah sold out. Abes semua kaunter tiket aku geledah, mane tau ade seat-seat kosong yang terlepas pandang. Hampa betol!! 28/29 Januari semua dah takde. Full dah satu bas. haa...


ATTENTION!!   ATTENTION!!


Tiket dah banyak abes yea wahai kawan-kawan seluruh IPTA ku sayang. Oleh disebabkan cuti Raya Cina berada dalam cuti midsem kita, maka kita pulak yang sebok nak balik raya. yelahh! cuti midsem okess. Takkan lah taknak balik. Kecewa lah jugak sebab tiket pada tarikh yang diinginkan tu dah abes. mane nak cari lagi kan.



"haiyaaa, lu olang haa mau balik laya jugak ka? "
"apa pasal olang melayu nak beli tiket balik laya ni. "



Kita 1 Malaysia yea aunty, uncle! kami pun nak raye jugak (nak angpau). hihi... tu la, sape suh wat midsem time Raya Cina. tak pasal-pasal kami pun "beraya sekali"...

Baru je seminggu masuk sem baru, dah sebok kene fikir pasal midsem pulak. hadohyaiii!!! punyer lah rushing nak keja abes belaja bulan 4, midsem pun masuk kat bulan 1. hahaha.. kelakar pun ade.. haaa sambung balik cite aku cari tiket tadi.. Sebelum pegi cari tiket, aku pegi lah cucuk duit dulu. Makk aii!! terkejut aku, aku student u aku pakai baju sama cam aku. hahaha.. yang tak leh blah tu, dak tu laki. Dak tu ade kat ATM tu, aku pun pegi lah kat ATM tu. yang menambahkan kelakarnya, dak tu boleh menyorok sebab taknak aku nampak dy punyer baju same macam aku. hahaha. rilekss ah bro, aku pun beli baju UTHM gak, bukan ko sorg. xyah lah nak malu2 kan. kita kan 1 Universiti.

haha.. sori-sori.. out of topic lagi.. oke, lepas amek duit, aku pun pegi lah beli tiket. oleh disebabkan tiket banyak dah sold out, aku mengambil keputusan tuk balik awal sikit. haha.. takde lah awal sangat. 27hb, tak lah awal sangat kan *kening up up*... Abes dah takde jalan lain dah. Tiket yang tinggal 30hb je. lambat sangat kot tu. Oleh yang demikian, aku terpaksa lah skip kelas Math pada malam 27hb tu. heshh, tak penah ponteng ni.. tapi, Ape la salahnye kan (cuba hilangkan rase bersalah)..

So, pada kawan-kawan yang nak cuti sem same macam u aku ni, yang nak kene beli tiket balik kampung, cepat-cepatlah pegi beli tiket yeaa.. Bukan ape, takot korang takleh nak balik raya nanti. Sape gak yang susah, diri sendiri gak yang susah.. =)

Saturday, 8 January 2011

Minggu pertama pun dah bergunung assignment!!

     

      Pepatah mengatakan, "berjuang selagi berdaya". haa tengah berjuang lah ni. Berjuang menyiapkan assignment yang bergunung-gunung. Padahal baru je first week start kuliah. Assignment dah tak cukup tangan. Sekarang dah takde istilah; berehat puas-puas, tido lame-lame, lepak ngan member-member. Semua tu dah takde dah. Nak wat semua tu pun time rileks-rileks lepas penat wat assignment. hoh! assignment lagi. adehhh... =(

      Penatnye jadi student. Hanya tu je yang mampu aku cakap. Bukan menyesal menjadi seorang student ipta, tapi mengenangkan nasib yang tak dapat rehat yang cukup, keluhan hati sering berkata-kata. Sem berganti sem, tahun berganti tahun. Masuk sem baru, lec baru, subjek baru dan assignment pun baru. -_-"

      Baru minggu pertama dah dapat banyak assignment, bayangkan kalo dah ber"week"2 nanti. Tak tido langsung kot. hihi.. takpe lah, selagi Allah kurniakan kudrat tulang empat kerat ni, aku akan berusaha sehabis daya supaya dapat grade and dapat jadi cikgu yang berjaya tak lama lagi.. =)

*Ya Allah, selagi Kau disisi, tabahkan hati ini, kuatkanlah semangat diri yang lemah ini...

Contest Jelingan Manja

Dalam kesibukan membuat assignment, tergerak hati nak bukak blog. haha dah lame tak bukak blog aku. sorry guys, busy sket. haa..bukak je blog, dapat tag dari kakakku yang memang hantu blog ni tentang satu contest. Ape lagi, try la join jugak. hihi..

Oke-oke, nak perkenalkan pengajur contest ni. kat bawah ni lah pengajurnya, Cik Bulan. comelkan. hihi..





Dengan tak bape konpidem sangat, aku bukak lah external hardisk aku, try cari gambar-gambar yang menunjukkan aku menjeling manja. hihi.. cuak jugak masuk contest ni, takot tak menepati citarasa jelingan manja. hehe. oke2, aku dapat dah....




hihi.. harap-harap gambar kat atas ni menepati citarasa la yea. sebab tak pandai sangat lah nak jeling-jeling manja ni. kang tergoda pulak! hihii..

oke, nak tag