Thursday 16 December 2010

Semester Break after Program Jati Diri

Seronoknye dapat cuti sem dah. haa nak dijadikan cite aku dah dua ari kat umah, cuma baru nak update lah blog ni. bukan takde mase, tapi malas pulak nak berblogging time kat umah ni. cuti sem takde lah lame sangat cuma 2 minggu lebih je. alah, kira bersyukur sangat sangat even sekejap je. nak wat caner, dari xcuti langsung kan kira dah bagoslah dapat cuti 2 minggu ni. 2 minggu ni akan aku gunakan sepenuh penuh dan sebaek baeknye. nak spend mase ngan family aku je. nanti dah takde cuti takde lah rindu sangat nak balik lagi kan.

Meh aku cite pasal program yang sedikit sebanyak memakan mase cuti sem aku ni. pada mulanya cuba korang bace entry aku sebelom ni (kat bawah ni). haha betapa bengangnye perasaan aku kat program ni. bukan pe, aku xtau caner pengisian program ni, so rase bengang jugak lah. mane lah tau program ni akan membuang mase aku camtu je. sebab pengarah program ni (Haji Sam) xbagitau pape pn. dy cakap memang dy saje nak gtau pasal pengisian program tu sebab dy nak tengok student student yang join ade inisiatif sendiri tak nak join program tu. memang respect ah aku kat lecturer aku ni. dy punyer planning tuk program ni memang terbaek lah.

Sebelom pape berlaku meh aku briefing sket pasal program ni. program ni dinamakan Program Jati Diri dan Biro Tata Negara. ia berlangsung kat dewan kuliah 2, UTHM. program ni berlangsung selama satu hari setengah. means 13 n 14 tapi 14 tu sampai tengahari je. sebab tu sehari setengah je. pada mulanya, hari pertama tu memang nak pegi xnak pegi je. sebab xnampak lagi pengisian program tu. program pertama berlangsung ialah ceramah BTN. memang best jugak lah sebab banyak menyedarkan aku pasal dunia semasa. program kedua pun ceramah BTN. same je dengan ceramah pertama tapi tajuk n penceramah je laen laen.

Petang tu pulak ade aktiviti LDK. tau kan LDK tu pe, xperlu kot aku explain. yang LDK petang tu oke lah jugak cuma bosan sket sebab duk dalam dewan je. malam tu LDK lagi tapi LDK yang kedua tu memang best sangat sangat. memang happening sangat aktiviti tu. nak tau pe, aktiviti Kembara Malam. hahaha macam best kan aktiviti tu, tp memang best sangat sangat. aktivit malam tu, kami dikehendaki mencari checkpoint2 yang tersembunyi. memang mencabar lah sebab setiap checkpoint yang kami jumpa xsemestinya betul. checkpoint pertama kami jumpa dengan pantasnya. tapi memang malang sekali sebab checkpoint kedua kami ditipu. hahaha. kat checkpoint tu kami kene maen game altraman dan raksasa. bukan maen excited kami bermain rupa-rupanya tu checkpoint X. takde jawapan pun kat checkpoint tu. adeiii kami tertipu.... tapi takpe, yang penting kami menang tempat pertama aktiviti tu...

Haa meh nak cite aktiviti pada second day pulak. second day, pagi tu ade ceramah oleh pengarah program sendiri iaitu lecterur aku (Haji Sam). dy bagi ceramah kesedaran sikit kat kami semua. lepas ceramah tu, aktiviti LDK ketiga pulak dijalankan. LDK yang tu paling enjoy sangat sangat. kami maen boom boom! haa mesti xtau pe kan. kami diberi lagu setiap kumpulan pastu kene lawan nyanyi dengan group laen. memang best sangat sangat program ni.

Bagi aku program ni sangat2 bermakna even pada mulanya aku memang berat hati nak join. bile dah join banyak betul perkara yang bermanfaat tuk aku amek dan terapkan dalam diri aku yang bakal menjadi seorang guru pada tahun 2013 nanti. tak rugi sangat kalo sape sape join program ni. tak sia sia aku korbankan cuti sem aku pada semester ni.

Sekarang aku dah balik kampung tuk bercuti. bile aku berada dirumah, terbayang bayang lagi aku aktiviti yang aku jalankan kat UTHM selama 2 hari tu. memang menjadi kenangan paling manis bagi aku selama aku menjadi pelajar di UTHM ni. sebelum aku akhiri entry aku kali ni aku nak kongsi kan sebuah lagu yang menjadi lagu tema Program Jati Diri dan Biro Tata Negara tu. enjoy lirik dy oke.. :)





Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
tajuk: biarku menjadi lilin
penyanyi: pelangi
*sape nak tau lagu dy caner search la kat youtube :) 

1 comment: