Saturday, 8 January 2011

Minggu pertama pun dah bergunung assignment!!

     

      Pepatah mengatakan, "berjuang selagi berdaya". haa tengah berjuang lah ni. Berjuang menyiapkan assignment yang bergunung-gunung. Padahal baru je first week start kuliah. Assignment dah tak cukup tangan. Sekarang dah takde istilah; berehat puas-puas, tido lame-lame, lepak ngan member-member. Semua tu dah takde dah. Nak wat semua tu pun time rileks-rileks lepas penat wat assignment. hoh! assignment lagi. adehhh... =(

      Penatnye jadi student. Hanya tu je yang mampu aku cakap. Bukan menyesal menjadi seorang student ipta, tapi mengenangkan nasib yang tak dapat rehat yang cukup, keluhan hati sering berkata-kata. Sem berganti sem, tahun berganti tahun. Masuk sem baru, lec baru, subjek baru dan assignment pun baru. -_-"

      Baru minggu pertama dah dapat banyak assignment, bayangkan kalo dah ber"week"2 nanti. Tak tido langsung kot. hihi.. takpe lah, selagi Allah kurniakan kudrat tulang empat kerat ni, aku akan berusaha sehabis daya supaya dapat grade and dapat jadi cikgu yang berjaya tak lama lagi.. =)

*Ya Allah, selagi Kau disisi, tabahkan hati ini, kuatkanlah semangat diri yang lemah ini...

3 comments:

  1. rilek r....aku x buat pape pon lg..huhu

    ReplyDelete
  2. hafiz: mane boleh rilek. byk keje kot. hahaha *semangat

    shafiq: hihi memang manis sgt. :)

    ReplyDelete