Monday 10 January 2011

Tiket Cuti Raya Cina sold out!

Entry kali ni aku nak tulis sebab aku baru balik dari cari tiket nak balik cuti raya cina ni. Penatnya pegi cari tiket nak balik cuti ni. Banyak yang dah sold out. Abes semua kaunter tiket aku geledah, mane tau ade seat-seat kosong yang terlepas pandang. Hampa betol!! 28/29 Januari semua dah takde. Full dah satu bas. haa...


ATTENTION!!   ATTENTION!!


Tiket dah banyak abes yea wahai kawan-kawan seluruh IPTA ku sayang. Oleh disebabkan cuti Raya Cina berada dalam cuti midsem kita, maka kita pulak yang sebok nak balik raya. yelahh! cuti midsem okess. Takkan lah taknak balik. Kecewa lah jugak sebab tiket pada tarikh yang diinginkan tu dah abes. mane nak cari lagi kan.



"haiyaaa, lu olang haa mau balik laya jugak ka? "
"apa pasal olang melayu nak beli tiket balik laya ni. "



Kita 1 Malaysia yea aunty, uncle! kami pun nak raye jugak (nak angpau). hihi... tu la, sape suh wat midsem time Raya Cina. tak pasal-pasal kami pun "beraya sekali"...

Baru je seminggu masuk sem baru, dah sebok kene fikir pasal midsem pulak. hadohyaiii!!! punyer lah rushing nak keja abes belaja bulan 4, midsem pun masuk kat bulan 1. hahaha.. kelakar pun ade.. haaa sambung balik cite aku cari tiket tadi.. Sebelum pegi cari tiket, aku pegi lah cucuk duit dulu. Makk aii!! terkejut aku, aku student u aku pakai baju sama cam aku. hahaha.. yang tak leh blah tu, dak tu laki. Dak tu ade kat ATM tu, aku pun pegi lah kat ATM tu. yang menambahkan kelakarnya, dak tu boleh menyorok sebab taknak aku nampak dy punyer baju same macam aku. hahaha. rilekss ah bro, aku pun beli baju UTHM gak, bukan ko sorg. xyah lah nak malu2 kan. kita kan 1 Universiti.

haha.. sori-sori.. out of topic lagi.. oke, lepas amek duit, aku pun pegi lah beli tiket. oleh disebabkan tiket banyak dah sold out, aku mengambil keputusan tuk balik awal sikit. haha.. takde lah awal sangat. 27hb, tak lah awal sangat kan *kening up up*... Abes dah takde jalan lain dah. Tiket yang tinggal 30hb je. lambat sangat kot tu. Oleh yang demikian, aku terpaksa lah skip kelas Math pada malam 27hb tu. heshh, tak penah ponteng ni.. tapi, Ape la salahnye kan (cuba hilangkan rase bersalah)..

So, pada kawan-kawan yang nak cuti sem same macam u aku ni, yang nak kene beli tiket balik kampung, cepat-cepatlah pegi beli tiket yeaa.. Bukan ape, takot korang takleh nak balik raya nanti. Sape gak yang susah, diri sendiri gak yang susah.. =)

2 comments: